Pertandingan PSS

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 30 July 2009 | Category: |

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah memakbulkan doa guru-guru SMKDPT. Kami warga SMKDPT sememangnya berharap agar kemenangan berpihak kepada kami ketika bertanding di peringkat negeri tempoh hari.

Kini, hari yang dinantikan telah tiba. Pemantauan PSS bagi peringkat kebangsaan pula akan diadakan pada 30hb Julai 2009. Diharap agar semua guru dan pelajar dapat memberi kerjasama agar proses pemantauan tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Harapan sekolah hanyalah satu. Berjaya memenangi pertandingan ini tanpa sebarang keraguan dengan kemampuan sekolah kami ini. Pelbagai usaha telah dilaksanakan demi memastikan segala usaha selama ini tidak sia-sia begitu sahaja. Berkat usaha yang telah dilaksanakan,semoga kemenangan berpihak kepada sekolah ini.

SMKDPT, sekolahku gemilang!

Currently have 0 comments:


Leave a Reply