Penambahan Bilangan Buku di PSS

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 30 July 2009 | Category: , |


Bilangan buku kini berjaya ditambah hasil usahasama warga sekolah mengadakan Hari Kantin tempoh hari. Pulangan dari jualan pada Hari Kantin tersebut disalurkan sepenuhnya kepada Pusat Sumber Sekolah bagi memastikan bilangan buku adalah mencukupi dari segi bilangan dan kepelbagaian koleksi yang sedia ada. Terdapat juga buku hasil sumbangan ikhlas pelajar kepada Pusat Sumber bagi menambah bilangan buku tersebut.

Jesteru itu,pelajar kini boleh memilih lebih banyak bahan bacaan dari pelbagai kategori. Walaubagaimanapun, Pusat Sumber ketika ini masih lagi dalam proses merekod segala buku-buku baru untuk simpanan data stok Pusat Sumber. oleh hal yang demikian, kerjasama dari pelajar amatlah diperlukan agar segala kesulitan ketika proses peminjaman dan pemulangan dapat diatasi.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply