ETOS Sekolah

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 02 July 2009 | Category: |

Berkat ketekunan para guru dan para pelajar dalam bidang pertanian ini telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan di peringkat daerah dan negeri. Ternyata Etos sekolah ini berjaya menjana kejayaan dan memberi impak positif terhadap warga sekolah.

SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai merupakan sekolah luar bandar yang telah berjaya memperkenalkan kaedah pertanian secara berteknologi. Sekolah ini telah menonjolkan projek-projek sains pertanian yang berkesan supaya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang ada aktiviti pertanian selaras dengan watak sekolah yang berteraskan pertanian. Sekolah ini telah mengekalkan kaedah pertanian secara konvensional di atas tanah. Selain itu, kaedah pertanian secara berteknologi seperti hidroponik dan fertigasi juga telah diperkenalkan. Beberapa projek khas telah dilaksanakan seperti tanaman hidroponik, ternakan ikan air tawar dan kebun sayur. Projek-projek khas ini telah menempa banyak kejayaan. Kejayaan ini menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain.

Pencapaian sekolah ini dalam projek-projek khas yang dilaksanakan sangat memberangsangkan. Projek-projek khas yang diusahakan ini telah memberi sumber kewangan kepada pihak sekolah menerusi jualan Arca Saguaro Cacktus hasil-hasil pertanian tersebut. Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah telah mendorong pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai. Inilah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Untuk mengenali sekolah ini dengan lebih dekat lagi, susun atur landskap persekitarannya menceritakan segala-galanya. Keindahan flora dan fauna menjadi tunjang dalam susun atur landskap sekolah ini. Landskap yang disusun atur dengan begitu kreatif turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, terdapat Taman Orkid, Taman Flora,dan Mini Zoo. Kejayaan terbesar sekolah ini ialah apabila mendapat Johan dalam pertandingan Edible Landskap Terbaik peringkat Negeri Johor pada tahun 2006.

Projek-projek khas pertanian yang dilaksanakan banyak memberi manfaat kepada warga sekolah ini. Hal ini demikian kerana projek ini dapat melahirkan pelajar yang bijak dalam hal-hal berkaitan bidang pertanian dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan aktiviti bertani.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply