Pencapaian

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 14 November 2010 | Category: |

Peringkat Daerah

Bidang kokurikulum SMKDPT adalah seiring dengan bidang akademik.Ini dapat dilihat dalam beberapa acara yang dipertandingkan dari peringat daerah sampai ke peringkat antarabangsa SMKDPT mampu menyinar dengan kilauan pingat Emas,Perak dan Gangsa. Bermula di peringkat daerah SMKDPT menyinar di dalam beberapa pertandingan yang disertai. SMKDPT mendapat johan peringakt daerah dalam acara-acara seperti Pidato,Pertolongan Cemas dan ‘Debate’. Di bawah menunjukkan pencapaian SMKDPT dalam Kokurikulum di peringkat daerah.Berdasarkan maklumat di bawah keseluruhannya SMKDPT merangkul gelaran johan pada peringkat daerah sebanyak 7 kali.Manakala untuk naib johan SMKDPT juga sebanyak 7 kali diikuti tempat ke 3 sebanyak 10 kali

Peringkat Negeri

Selain dari penyertaan di peringkat daerah,SMKDPT turut mencatat nama dan menempa daerah apabila turut mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat negeri,Pada tahun 2010.Penglibatan kelab dan persatuan serta badan beruniforn berjaya melonjakkan nama sekolah di persada negeri.sebagai contoh PKBM menjuarai kejohanan kawad kaki dan mendapat tempat ke 3 untuk pertandingan Merempuh Halangan Selain dari itu terdapat dua pertandingan lain yang mencatatkan nama SMKDPT di tempat teratas iaitu Syarahan Bahasa Tamil dan Menulis Esei T6.Untuk tempat kedua keseluruhan SMKDPT memperolehi gelaran naib johan acara Badminton.Selain dari itu,SMKDPT turut mendapat 2 anugerah di peringkat negeri iaitu Anugerah Usahawan Cemerlang dan anugerah Guru Pembimbing Berwibawa yang dimenangi oleh Puan Hjh Dayang Salwa Sulaiman.

Peringkat Kebangsaan

SMKDPT terus komited untuk bersaing dalam bidang kokurikulum di peringkat Kebangsaan.di peringkat kebangsaan dengan beberapa acara yang disertai SMKDPT terus menempa namanya sebaris dengan sekolah cemerlang yang lain.SMKDPT telah menjadi johan kebangsaan Pidato yang di wakili oleh adik Siti Aishah Tumin yang turut mengharumkan nama sekolah sebagai Naib johan tokoh Nilam peringkat kebangsaan. Satu lagi kebanggaan sekolah ilah Perpustakaan SMKDPT diangkat sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan. SMKDPT turut mengungguli dalam bidang sukan apabila mendapat pingat perak bagi pertandingan Kabbadi di SUKMA Melaka.

Antarabangsa

SMKDPT berjaya melahirkan permata antarabangsa apabila berjaya melahirkan seorang Jagoan dalam sukan perahu layar,iaitu adik Mohd Fazarikman yang mana telah menyertai World Youlth Chanpionship di Pattaya Thailand.Ini menunjukkan SMKDPT berjaya meyeimbangkan pencapain kokurikulum dan akademik dengan pencapaian yang cemerlang.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply