Pertandingan PSS

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 30 July 2009 | Category: | 0 comments

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah memakbulkan doa guru-guru SMKDPT. Kami warga SMKDPT sememangnya berharap agar kemenangan berpihak kepada kami ketika bertanding di peringkat negeri tempoh hari.

Kini, hari yang dinantikan telah tiba. Pemantauan PSS bagi peringkat kebangsaan pula akan diadakan pada 30hb Julai 2009. Diharap agar semua guru dan pelajar dapat memberi kerjasama agar proses pemantauan tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Harapan sekolah hanyalah satu. Berjaya memenangi pertandingan ini tanpa sebarang keraguan dengan kemampuan sekolah kami ini. Pelbagai usaha telah dilaksanakan demi memastikan segala usaha selama ini tidak sia-sia begitu sahaja. Berkat usaha yang telah dilaksanakan,semoga kemenangan berpihak kepada sekolah ini.

SMKDPT, sekolahku gemilang!

Carta Organisasi

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | | Category: | 0 comments

Panduan Pengkelasan Dewey

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | | Category: , | 0 comments

RINGKASAN PERTAMA


000 - Karya Am (melebihi satu perkara)

100 - Falsafah

200 - Agama

300 - Sains kemasyarakatan

400 - Bahasa

500 - Sains Tulen

600 - Teknologi

700 - Kesenian

800 - Kesusasteraan

900 - Geografi, Pengembaraan, Sejarah dan Biografi


RINGKASAN KEDUA


000 KARYA AM


010 Bibliografi dan katalog
020 Sains Perpustakaan dan Maklumat
030 Ensiklopedia am
040 (Belum ditentukan perkaranya)
050 Terbitan berkala am
060 Pertubuhan am
070 Kewartawanan penerbitan akhbar
080 Koleksi karya am
090 Manuskrip dan buku nadir


100 FALSAFAH


110 Wujudiah/metafizik
120 Ilmu, sebab, tujuan, manusia
130 Psikologi biasa dan ghaib
140 Pendapat falsafah tertentu
150 Psikologi
160 Ilmu Mantik
170 Etika (akhlak)
180 Falsafah Timur
190 Falsafah Barat


200 AGAMA


210 Agama Alamiah
220 Kitab Injil
230 Asas ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadat Kristian
250 Teologi misi dan kepaderian
260 Aspek sosial dan hal-ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi gereja
280 Mazab dan puak Kristian
290 Agama-agama lain


300 SAINS KEMASYARAKATAN


310 Perangkaan
320 Sains Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran awam
360 Masalah dan perkhidmatan sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan perhubungan Perdagangan
390 Adat resam dan budaya rakyat


500 SAINS TULEN


510 Matematik
520 Astronomi dan sains berkaitan
530 Fizik
540 Kimia dan Sains berkaitan
550 Sains bumi dan dunia-dunia lain
560 Kaji fosil
570 Sains hayat
580 Sains tumbuhan
590 Sains haiwan


600 TEKNOLOGI


610 Sains perubatan
620 Kejuruteraan dan pengendalian dan berkaitan
630 Pertanian dan teknologi berkaitan
640 Sains rumahtangga
650 Perkhidmatan pengurusan
660 Teknologi kimia dan berkaitan
670 Perusahaan
680 Perusahan untuk penggunaan tertentu
690 Bangunan


700 KESENIAN


710 Seni taman dan budaya
720 Senibina
730 Arca
740 Lukisan dan hiasan
750 Cat dan catan
750 Seni grafik
770 Seni foto
780 Muzik
790 Seni hiburan dan lakonan


800 KESUSASTERAAN


810 Kesusasteraan Amerika
820 Kesusasteraan Inggeris
830 Kesusasteraan Jerman
840 Kesusasteraan Perancis dan sebagainya
850 Kesusasteraan Itali, Rumania dan sebagainya
860 Kesusasteraan Sepanyol, Pertugis
870 Kesusasteraan Latin, Italic
880 Kesusasteraan Yunani
890 Kesusasteraan bahasa-bahasa lain


900 GEOGRAFI DAN SEJARAH AM


910 Geografi Am dan lawatan
920 Biografi am dan salasilah
930 Sejarah am dunia purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian dunia yang lain



Koleksi Bahan Bacaan

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | | Category: , | 0 comments


Koleksi bahan PSS SMKDPT sehingga Julai 2009, adalah lebih kurang sebanyak 24000+ buah buku, CD, majalah, koleksi soalan, keratan akhbar, dan sebagainya.

Buku yang meliputi semua perkara utama dalam sistem pengkelasan dewey:-

000--099 Karya Am

100--199 Falsafah

200--299 Agama

300--399 Sains Kemasyarakatan

400--499 Bahasa

500--599 Sains Tulin

600--699 Teknologi

700--799 Kesenian

800--899 Kesusasteraan

900--999 Geografi Sejarah Am

FM Fiksyen Melayu

FI Fiksyen Inggeris

FT Fiksyen Tamil

FA Fiksyen Arab

Penambahan Bilangan Buku di PSS

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | | Category: , | 0 comments


Bilangan buku kini berjaya ditambah hasil usahasama warga sekolah mengadakan Hari Kantin tempoh hari. Pulangan dari jualan pada Hari Kantin tersebut disalurkan sepenuhnya kepada Pusat Sumber Sekolah bagi memastikan bilangan buku adalah mencukupi dari segi bilangan dan kepelbagaian koleksi yang sedia ada. Terdapat juga buku hasil sumbangan ikhlas pelajar kepada Pusat Sumber bagi menambah bilangan buku tersebut.

Jesteru itu,pelajar kini boleh memilih lebih banyak bahan bacaan dari pelbagai kategori. Walaubagaimanapun, Pusat Sumber ketika ini masih lagi dalam proses merekod segala buku-buku baru untuk simpanan data stok Pusat Sumber. oleh hal yang demikian, kerjasama dari pelajar amatlah diperlukan agar segala kesulitan ketika proses peminjaman dan pemulangan dapat diatasi.

Pusat Sumber Sekolah

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 05 July 2009 | Category: | 0 comments


Laman ini memaparkan maklumat tentang PSS SMK Dato' Pengawa Timur selain maklumat tentang pusat sumber secara amnya dan memberi manfaat kepada guru serta pelajar terutama Guru Perpustakaan dan Media serta pustakawan. Anda dialu-alukan agar kerap mengunjungi blog ini bagi membolehkan anda mengakses semua maklumat terkini tentang jadual, peraturan, rekod bacaan Nilam dan gambar aktiviti dan sebagainya.

ETOS Sekolah

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 02 July 2009 | Category: | 0 comments

Berkat ketekunan para guru dan para pelajar dalam bidang pertanian ini telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan di peringkat daerah dan negeri. Ternyata Etos sekolah ini berjaya menjana kejayaan dan memberi impak positif terhadap warga sekolah.

SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai merupakan sekolah luar bandar yang telah berjaya memperkenalkan kaedah pertanian secara berteknologi. Sekolah ini telah menonjolkan projek-projek sains pertanian yang berkesan supaya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang ada aktiviti pertanian selaras dengan watak sekolah yang berteraskan pertanian. Sekolah ini telah mengekalkan kaedah pertanian secara konvensional di atas tanah. Selain itu, kaedah pertanian secara berteknologi seperti hidroponik dan fertigasi juga telah diperkenalkan. Beberapa projek khas telah dilaksanakan seperti tanaman hidroponik, ternakan ikan air tawar dan kebun sayur. Projek-projek khas ini telah menempa banyak kejayaan. Kejayaan ini menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain.

Pencapaian sekolah ini dalam projek-projek khas yang dilaksanakan sangat memberangsangkan. Projek-projek khas yang diusahakan ini telah memberi sumber kewangan kepada pihak sekolah menerusi jualan Arca Saguaro Cacktus hasil-hasil pertanian tersebut. Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah telah mendorong pihak Jabatan Pertanian Negeri Johor memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai. Inilah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Untuk mengenali sekolah ini dengan lebih dekat lagi, susun atur landskap persekitarannya menceritakan segala-galanya. Keindahan flora dan fauna menjadi tunjang dalam susun atur landskap sekolah ini. Landskap yang disusun atur dengan begitu kreatif turut membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, terdapat Taman Orkid, Taman Flora,dan Mini Zoo. Kejayaan terbesar sekolah ini ialah apabila mendapat Johan dalam pertandingan Edible Landskap Terbaik peringkat Negeri Johor pada tahun 2006.

Projek-projek khas pertanian yang dilaksanakan banyak memberi manfaat kepada warga sekolah ini. Hal ini demikian kerana projek ini dapat melahirkan pelajar yang bijak dalam hal-hal berkaitan bidang pertanian dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan aktiviti bertani.