Sekapur Sireh Dato' Penggawa Timur

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 30 June 2009 | Category: | 0 comments


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Timur merupakan sebuah sekolah menengah luar bandar yang muridnya terdiri pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Latarbelakang sosioekonomi keluarga murid majoritinya daripada golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Ini memberi implikasi terhadap prestasi akademik murid-murid yang bergantung sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Lantaran itu komitmen dan usaha gigih semua warga SMKDPT dan PIBG amat memberi impak besar kepada kecemerlangan kurikulum sekolah. Malah mereka juga berani dan optimis dalam menjayakan program-program ke arah kecemerlangan sekolah sama ada di bidang kurikulum, hal ehwal murid mahupun kokurikulum. Sejajar dengan reputasi dan taraf Sekolah Kawalan dan Sekolah Tonggak, semua pihak berganding bahu menggembling usaha dan tenaga padu merealisasikan visi dan misi sekolah.

Tidak dinafikan kerjasama dan sokongan jitu pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor menyuntik semangat warga SMKDPT untuk terus mencipta kecemerlangan kurikulum, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Pencalonan SMKDPT dalam pertandingan Anugerah Sekolah Cemerlang membuka ruang untuk semua warga SMKDPT meningkatkan nilai tambah tahap pengurusan sekolah menepati standard yang dikehendaki.

Semoga segala usaha murni warga SMKDPT membuahkan hasil sekaligus mencapai visi dan misi sekolah. Seiring Falsafah Pendidikan Negara dan Misi Nasional Negara, SMKDPT mampu berdiri gah sebagai sebuah Sekolah Cemerlang.

“SMKDPT Sekolahku Gemilang“

SMKDPT Kini Dalam Bentuk Blog!

Posted by SMK Dato Penggawa Timur | 28 June 2009 | Category: |

SMK Dato' Penggawa Timur melangkah setapak ke hadapan dengan penghasilan blog. Sekolah ini yang sudah memiliki laman webnya sendiri atas usaha mantan Pengetua, Pn Hjh Kalsom bt Ibrahim, telah menambah perkhidmatan blog bagi memudahkan ibu bapa serta pelajar untuk mendapat maklumat terkini berkaitan aktiviti sekolah. Laman web sekolah ini dahulunya telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,YB Dato’ Seri Mohamed Khaled B Nordin. Laman web tersebut boleh dilayari di sini.